26.2.15

:: Chalet Terapung Segantang Garam,PPK Merbok Kedah Darul Aman::

assalamualaikum

lama kita tak bersua kan..almaklum lah bz mengalah kan Perdana Menteri..hikhik

hari ni Mak Jemah nak review pasal tempat percutian yang tak dirancang..
minggu lepas cuti berganda sempena sambutan Tahun Baru Cina..so tanpa merugikan cuti yang panjang Mak Jemah serta family buat keputusan nak balik jauh nun di utara tanah air,Perlis Indera Kayangan.

bila balik kampung jiwa rasa aman damai je..tenang tanpa tekanan..hikhikhik..Mak Jemah suka sangat balik Perlis..balik kali ni pemandangan kurang cantik sebab padi depa dah tuai..la ni depa dok bakaq jerami ja..( tetiba tertukar loghat plak ) hahahahha..walaupun pemandangan biasa-biasa je sedikit sebanyak tidak langsung menjejaskan percutian yang harmoni Mak Jemah..
dua malam kami kat sana..

hari Isnin,siap-siap nak gerak balik Pahang.sebelum meneruskan perjalanan ke Pahang,kami singgah sebentar di Chalet Terapung PPK Merbok ni..masuk kali ni dah 4 kali Mak Jemah ke sana.
3 kali tahun lepas dan sekali tahun ni..

Tempat ni memang la sangat cantik..view dia Subhanallah..tenang je tengok air kuala.dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi memang mendamaikan jiwa.Actually kami tak rancang pun nak tidur sini sebab keesokan harinya masing-masing dah mula kerja kan.tapi malam tu kawan abang dok roger kata jalan lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur tersangat la jem.Abang ipar pun call PLUS nak tanya laluan macam mana..PLUS kabor jalan dari Bukit Gantang kenderaan bergerak 30/40KMj
bayangkan la kesesakan jalan tersebut..hadoiiii...dari sakit badan duk dalam kete lelama baik kami landing senang lenang kat chalet ni..jiwa pun tenang,,hahhahaha..

kali ni aku menginap di chalet VIP 2 bilik..dah 2 kali aku menginap kat chalet ni..yg ketiga aku buat trip opis ke sana..aku dok chalet kipas je..tp tetap selesa..chalet ni lengkap dengan aircond semua..kami 10 orang menginap dalam ni..kira besar la chalet ni..selesa pun selesa..cuma hari tu dia punya beralun lain macam sikit..nak mabuk kami semua..keadaan semua chalet yang bersih,selesa,cantik memang sesuai untuk family,office trip,kawan-kawan menginap..bagi kaki memancing,di sini lah tempatnya.

terdapat tiga pelantar di sini..so korang boleh pilih nak pelantar yang mana..doa lebih sikit boleh dapat ikan banyak..kehkehkeh...di setiap balkoni bilik tersedia set BBQ.so korang tak payah nak bbq jauh-jauh..p balkoni rumah boleh hidup kan api je..oh lupa,setiap chalet terdapat dapur memasak apa semua..korang yang nak menginap lama boleh la bawak bahan mentah je nak masak memasak..jimat pun jimat kan..Mak Jemah memang suggest kalau korang nak ke sini yang nak kan kelainan percutian korang..

mai sini Mak Jemah nak tunjuk gambar sedikit sebanyak chalet ni..saje nak bakaq jiwa raga korang suh datang sini..hikhikhik..
cekidaut :) ( gambar ihsan dari chalet..sebab nya kali ni kami tak bergambar sangat..hikhik )






- welcome signboard -

- kalau naik boat akan dapat view chalet macam ni -


- ni kadar bayaran bilik untuk satu malam -

- view balkoni chalet..canti kannnnn -

- laluan nak ke chalet -
- yang ni chalet vip 3 bilik -

- salah satu bilik di dalam chalet -

- hall chalet vip 3 bilik yang sangat luas..kapasiti mayb boleh muat dalam 20 orang -

- bilik air yang bersih,selesa,cantik dan besar -


 banyak kemudahan/pakej yang disediakan di sini untuk beraktiviti.antaranya :)

-pakej yang ada untuk office trip -

- pakej yang menarik -

untuk maklumat lanjut korang boleh usha Facebook mereka..boleh la kalo nak booking or sebarang pertanyaan ye :)

green mangrove floating chalets

semoga sedikit sebanyak maklumat ni membuatkan anda teruja untuk explore kawasan ni..Mak Jemah rasa korang akan berpuas hati dan dapat pengalaman yang mengujakan.
sekian untuk makluman korang..hahahahhahaha

daaaaaaaa ;)
cau cin cauuuuu ;)
lots of love ;)

mak jemah kata : hargai alam sekitar yang indah lagi permai..korang kalo dah pergi nanti boleh tinggal kan komen korang tentang chalet ni ;)



19 comments:

  1. boleh tahan jugak harganya..tapi entah bila nk ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM jom kalau nak pergi..MJ bawak kan..syok tempat ni..tenang je tau

      Delete
  2. eeh adakah mak jemah berasal dr perlis...senegeri lah dgn saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs smile :)
      actually perlis tu kg arwah abah..MJ stay pahang n lahir pun kat pahang
      tapi kami suka balik perlis..seronok sgt2 tau..

      oh ye,boleh la jumpa kalo mj balik ke sana nanti..hihihi

      Delete
  3. ap beza bilik vip rm250 dgn bilik biasa rm200??

    ReplyDelete
    Replies
    1. chalet vip 2 bilik tu lebih cantik dan selesa..ruang tamu pun air cond
      yang rm 200 tu ruang tamu terbuka..cuma bilik sahaja ada aircond..lebih santai..

      Delete
  4. Nak tny, kalau nak pi sana dari arah selatan (dari perak) kena exit tol mana? Sg. Petani (s) ka? Tq atas penjelasan

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam..nk booking cm na..xdapat cari no tel..

    ReplyDelete
  7. Maaf...no yg diberikan tue bkn no.owner chalet tersebut..dan org tersebut bknnya aziela...itu no.hp sya...dan rmai yg tnya mengenai chalet tersebut..jd...sya mohon cik / puan utk delete komen cik/puan agar tak ada lagi org yg msj saya tnya ttg chalet tersebut sedangkan sya tidak tahu menahu ttg chalet tersebut...jd saya harap cik /puan dpt delete...terima kasih dan harap maaf..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf kan sy ye..sy tak pasti mana dia dapat no awk..sy dh delete ye..maafkan sy seklai lagi ye

      Delete
  8. untuk makluman semua pembaca mak jemah,ni no orang yg menguruskan chalet tersebut

    en hamdan bin awang - 019-4425560

    atau boleh terus search di fb - https://www.facebook.com/ChaletTerapungPpkMerbokKedah/?fref=ts

    maaf kan mak jemah di atas kelewatan MJ respons anda semua..terima kasih juga sudi baca blog MJ :)

    ReplyDelete
  9. Huhuhuu... nak try la.. kalau nak book kene berapa awal yer? Ke boleh walk in jer..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan MJ di atas kelewatan.en Time,cuba laaaa..mmg sangat seronok dan menenangkan serta mendamaikan jiwa utk berehat..masa MJ booking dlu tiada deposit dikenakan..tak tahu la utk tahun baru ni..cuba en Time call En Hamdan tu..kalo nk bbq pun boleh..ada disediakan tempat bbq tu kat setiap chalet..

      Delete
  10. chalet vip 3 bilik .ada dapur sekali kan.boleh masak sendiri ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye bilik vip ada 3 bilik hall dilengkapi sofa dan tv..sangat besar dan selesa.. ya boleh memasak di sini.. kita cuma bawa bahan mentah je..

      terima kasih sudi jengah blog MJ yg dah lama bersawang :)

      Delete
  11. chalet vip 3 bilik .ada dapur sekali kan.boleh masak sendiri ke

    ReplyDelete