14.1.15

::Tiada pengganti sehebat Hero::

assalamualaikum
apa khabar semua..semoga kalian sihat..
lama kan Mak Jemah tak update..banyak yang berlaku dalam hidup mak jemah sejak kebelakangan ni..
dengan keadaan hero yang terlantar hari tu..
harini mak jemah cuma nak bagitahu bahawa hero kesayangan mak jemah telah pergi buat selama-lamanya..
abah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 12.01.2015 jam 6.50 petang di Hospital..
kehilangan yang tiada pengganti sehebat dia..dia sangat kuat dan sangat tabah..semoga kami diberi semangat macam dia..
kami sayang abah..semoga abah tenang di sana..kami akan sentiasa mendoakan abah..
Al-Fatihah untuk abah..
mak jemah kata : kehilangan yg cukup dirasai..

2.1.15

::Bila Hero kesayangan terlantar::

Assalamualaikum
Hai uols..apa khabar..
Hari ni mak jemah bersiaran langsung dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( HOSHAS ) Temerloh..
Mak jemah memohon agar pembaca sekalian mendoakan kesihatan abah mak jemah..abah masuk ICU pagi tadi..
Semoga abah sembuh seperti sedia kala..aminnnn
Rindu abah sangat..rindu dia mintak nak makan nasi.. Rindu dia tunggu mak jemah balik kerja..Ya Allah panjangkan usia abah aku..aminnn..
Daaa..semoga semuanya baik baik sahaja..
Lots of love
Mak jemah kata : emosi dah tak stabil sangat sekarang ni.. Mohon diberi keuatan untuk menempuh semua ni..