hai semua..apa bikin hujan hujan macam ni?
memandangkan esok cuti Krismas,mari kita hapdet belog sampai lebam..hahahhaha...ok ini gurau..hahahha
hari Ahad lepas,aku pergi hantar anak sedara dan adik balik ke kolej masing-masing..sebelum hantar adik, aku g hantar anak sedara aku dlu kat KL..lepas tu terus ke Melaka nak hantar adik.
dari KL terus naik highway nak ke Melaka plak.sebelum tu aku singgah Nilai dulu nak cuba mee udang..dah lama aku mengidam nak makan mee udang kat situ..asyik tengok gambar je..tak boleh jadi ni..
memang menjadi rezeki aku,aku call owner kedai tu tanya kedai tutup pukul berapa.dia kata tutup jam 12 malam..aku tgk jam dah 11.30 aku masih di Seri Kembangan..dia kata sempat..apa lagi,abg aku terus pandu laju punya nak kejar masa..
aku guna Google Map cari kedai kak laila ni..akhirnya jumpa jgk kedai dia..orang dh tak berapa ramai masa kami sampai tu..
sampai je aku terus cari kedai kak laila.masa tu dia tengah masak..aku tegur..serius kak laila seorang yang peramah..sambil dia masak aku pilih menu untuk dimakan..aku pilih mee udang sama ng adik..
anak sedara pilih mee ketam.abang aku and kawan dia pilih asam pedas..sambil tunggu hidangan siap kami bersantai santai la dlu..
-ni kedai kak laila-
sesudah sampai je menu yang dipesan,aku baca doa terus menikmati mee udang tersebut..
sumpah aku tak tipu,mee udang kak laila memang best in the world lah..rasa kuah yang pekat likat cukup rasanya,ya Allah mak mentua lalu belakang pun tak sedar ni..( biar takde mak mentua pun ) hahahhaah..
rasa udang yang sangat fresh,memang mabeles..ni la pertama kali aku makan mee udang yang sangat sangat sedap..alhamdulillah,lepas hajat aku nak rasa mee udang kak laila..tak rugi kalo korang pergi..korang pasti puas hati..
kalo nak pergi boleh roger kak laila ye..klik sini untuk maklumat lanjut..dijamin puas hati
geng Blogger pun dah ramai yang terjah kedai kak laila ni.
tak pun korang boleh menggunakan waze dengan taip MMA santai corner..Google maps pun taip yang sama ye..
meh nak perangat korang dengan gambor yang boleh melelehkan air liur masing2..hahahhahah
-mee udang best in the world-
-ini kak laila.owner mee udang..gambor pukul 1 pagi..hahhaha-
-terima kasih kak laila atas layanan yang diberi-
-asam pedas dia memang mengancam..sedap hingga jilat jari-
-mee ketam..fresh fresh gitu-
apa apa pun kak laila memang best.terima kasih kak atas layanan wlaupun jam dah menunjukkan pukul 1 pagi..In Shaa Allah sy akan repeat semula untuk makan di kedai akak..
daaaaa..sekian saje entri untuk malam ini.sekian terima kasih..good night ;)
cau cinnn cauuuu sirap
lots of love ;)
mak jemah kata : makan adalah keperluan..so nikmatilah ia
fuiyooo udang..ketam....huaaaa favouritee
ReplyDeletemee udang in Nilai? nampaknya mmg x jauh dari tempat JM ni boleh g terjah sbb mee udang tu mmg mengiurkan
ReplyDelete