28.12.14

::2014 Tahun Dugaan::

Assalamualaikum

Selamat pagi uols..apa khabar..sihat ke?harap sihat la dikala musim tengkujuh ni..

Harini nak hapdet sikit je..

Mak Jemah mohon pembaca semua mendoakan kesihatan abah Mak Jemah yang kini berada di Hosital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh..

Keadaan abah yang dah tak stabil dan separa kritikal..
Ya Allah,besar sungguh dugaan aku pada tahun 2014 ni..

Tp aku percaya,Allah tak kan uji hambaNya diluar kemampuan kita..aku redha dan tawakal serta tabah menghadapi dugaan ini..

Tuhan uji tanda Dia sayang kita..

Ok,Mak Jemah dah nak ke Hospital nak tengok keadaan abah..semoga abah cepat sembuh..kami belum mampu untuk kehilangan mu abah..

Daaaa...

Lot of love

Mak Jemah kata : abah,kami tahu abah sangat tabah dan kuat..semoga kami mendapat semangat seperti abah..kami sayang abah sangat²..semoga abah cepat sihat.. Abah kena kuat ye..

Assalamualaikum

24.12.14

:: The Best Of Mee Udang in Nilai ::

assalamualaikum..

hai semua..apa bikin hujan hujan macam ni?

memandangkan esok cuti Krismas,mari kita hapdet belog sampai lebam..hahahhaha...ok ini gurau..hahahha

hari Ahad lepas,aku pergi hantar anak sedara dan adik balik ke kolej masing-masing..sebelum hantar adik, aku g hantar anak sedara aku dlu kat KL..lepas tu terus ke Melaka nak hantar adik.

dari KL terus naik highway nak ke Melaka plak.sebelum tu aku singgah Nilai dulu nak cuba mee udang..dah lama aku mengidam nak makan mee udang kat situ..asyik tengok gambar je..tak boleh jadi ni..

memang menjadi rezeki aku,aku call owner kedai tu tanya kedai tutup pukul berapa.dia kata tutup jam 12 malam..aku tgk jam dah 11.30 aku masih di Seri Kembangan..dia kata sempat..apa lagi,abg aku terus pandu laju punya nak kejar masa..

aku guna Google Map cari kedai kak laila ni..akhirnya jumpa jgk kedai dia..orang dh tak berapa ramai masa kami sampai tu..

sampai je aku terus cari kedai kak laila.masa tu dia tengah masak..aku tegur..serius kak laila seorang yang peramah..sambil dia masak aku pilih menu untuk dimakan..aku pilih mee udang sama ng adik..
anak sedara pilih mee ketam.abang aku and kawan dia pilih asam pedas..sambil tunggu hidangan siap kami bersantai santai la dlu..

-ni kedai kak laila-

sesudah sampai je menu yang dipesan,aku baca doa terus menikmati mee udang tersebut..
sumpah aku tak tipu,mee udang kak laila memang  best in the world lah..rasa kuah yang pekat likat cukup rasanya,ya Allah mak mentua lalu belakang pun tak sedar ni..( biar takde mak mentua pun ) hahahhaah..

rasa udang yang sangat fresh,memang mabeles..ni la pertama kali aku makan mee udang yang sangat sangat sedap..alhamdulillah,lepas hajat aku nak rasa mee udang kak laila..tak rugi kalo korang pergi..korang pasti puas hati..

kalo nak pergi boleh roger kak laila ye..klik sini untuk maklumat lanjut..dijamin puas hati
geng Blogger pun dah ramai yang terjah kedai kak laila ni.

tak pun korang boleh menggunakan waze dengan taip MMA santai corner..Google maps pun taip yang sama ye.. 

meh nak perangat korang dengan gambor yang boleh melelehkan air liur masing2..hahahhahah

-mee udang best in the world-


-ini kak laila.owner mee udang..gambor pukul 1 pagi..hahhaha-


-terima kasih kak laila atas layanan yang diberi-


-asam pedas dia memang mengancam..sedap hingga jilat jari-


-mee ketam..fresh fresh gitu-


apa apa pun kak laila memang best.terima kasih kak atas layanan wlaupun jam dah menunjukkan pukul 1 pagi..In Shaa Allah sy akan repeat semula untuk makan di kedai akak..

daaaaa..sekian saje entri untuk malam ini.sekian terima kasih..good night ;)

cau cinnn cauuuu sirap

lots of love ;)

mak jemah kata : makan adalah keperluan..so nikmatilah ia



:: Banjir oh Banjir ::

assalamualaikum

selamat malam semua..hujan di luar rumah masih mencurah-curah menunjukkan tiada tanda mahu berhenti..

isu terkini,adalah banjir yang melanda Pantai Timur..Ya Allah besar sungguh dugaan-Mu kali ni..
walaupun tempat Mak Jemah tak dilanda banjir namun kawasan sekitar daerah Mak Jemah dilanda banjir..

tabahkan hati mereka menempuh dugaan ini..semoga banjir cepat surut seperti sedia kala..
mari kita sama sama mendoakan mereka..kali ni jika ada kelapangan boleh bersama bantu untuk misi bantuan kemanusiaan..

Mak Jemah standby je sekarang ni..kalau kena panggil Mak Jemah akan bertugas..doakan semuanya selamat ye..

moh tengok sikit gambor banjir sekitar Temerloh - Bera

-mari kita sama sama mendoakan yang terbaik-


-waterfront Bera..air sikit lagi nak ampuh

-Masjid Kuala Triang-


-SK Kuala Triang..kawasan hotspot banjir selain Masjid Kuala Triang-


-Esplaned Temerloh..air dah cecah tulisan-

-hampir tenggelam-

-apa pandangan anda mengenai gambar ini?sila tinggalkan pandangan anda  di ruangan komen-

semoga kita semua ambil iktibar dengan kejadian alam yang berlaku ketika ini..

daaaaa....

cau cin cau,

lots of love ;)

mak jemah kata : berdoa dan terus berdoa..masih bersedih dengan apa yang jadi ketika ini.




19.12.14

:: ke mana kah hilangnya Mak Jemah??? ::

assalamualaikum

holllaaaa uolssss..lama sangat rasanya mak jemah hilang kannnnn..

bukan menghilang tapi terpaksa hilang sekejap dek tuntutan hidup...bila tiba hujung tahun almaklumlah kannnn..bizi mengalah kan Perdana Menteri..hohoho

Mak Jemah tak hilang pun sebenarnya..daku tetap ada..cuma xde masa nak mengadap laptop sangat..
kerja yang melambak tu tak de kesudahannya la kan..

ni nak update sikit dulu la bagi buang habuk kat belog daku nih..hihihi..
mak jemah baru balik dari outstation sebenarnya..nnti MJ update..tempat tu sangat ohsem bagi pencari kedamaian..

daaaaa..ni dlu untuk malam ni..nanti Mak Jemah update lg.

take care uols..

lots of love ;)

mak jemah kata : dah tak lama nak masuk tahun baru..